Saturday, December 26, 2009

COKE, LEVI'S AND VANS

Apakah maksud jutawan? Jutawan ialah apabila kita memiliki RM1 juta, tapi kita dapat memiliki sebuah kereta Ferrari dengan nilai 1 ringgit sahaja. Kita ada berbaki nilai 999,999 ringgit lagi. Tetapi apabila kita ada RM1 juta, tapi terpaksa membeli sebuah kereta ferrari dengan harga RM1000 juta itu maknanya bukan jutawan tapi orang yang berhutang atau miskin atau hutangwan. Mana kita nak dapat lagi 999 juta. Walaupun kita bergaya tapi dikira hutang atau kereta orang lain. Jadi jauhi hidup berhutang maka jutawanlah anda. Ini lah pentingnya konsep bersyukur dan konsep puas. Konsep bersyukur ialah cukuplah dengan apa yang ada. Lagi satu konsep puas iaitu apabila ada sebuah gelas yang ada air milo ais, cukuplah segelas dalam tempoh setiap 4 jam. Janganlah tak puas. Kalau tak puas even ada 100 gelas dalam setiap jam pun itu dikira melebihi keperluan ataupun membazir, membazir kawannya syaitan. Kalau kita nak kaya ataupun menjadi jutawan, maka konsep dalam Agama Islam kita kena pakai dan praktikkan. Jangan tinggalkan satu pun ajaran Islam, InsyaAllah kita berjaya dunia akhirat. Wassalam.